Sabtu, 31 Januari 2015

EMOSI YANG MEMBAHAYAKAN DIRI


ASALAMUALAIKUM...


INGATAN

" dan berdoalah dengan berkata ' wahai tuhan ku tambahilah ilmuku ' "

( SURAH TAHA : AYAT 114 )





Jumaat, 30 Januari 2015

MIMPI DALAM MIMPI


ASALAMUALAIKUM...

REZEKI PAGI JUMAAT...
SEKADAR MENEKA SUKA SUKA JER...
TAK SANGKA BETUL..
SUAMI TENGAH TIDUR TERKEJUT DENGAR YAN MENJERIT..
HEHEHE MAAF YER SAYANG TERLALU TERUJA..
TERIMA KASIH CIKGU ETUZA...
UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI..
SYUKUR ALHAMDULILAH..
MURAH REZEKI CIKGU...




JOM TERJAH : MADEY09.BLOGSPOT.COM




TAK TIDUR MALAM DIBUATNYA...SENYUM SAMPAI LEPAS TELINGA..

I HATE FAMILY OR I LOVE FAMILY

ASALAMUALAIKUM...




ANAK by FREDDY AGUILAR


semasa engkau dilahirkan...
engkau pun sudah satu impian..
impian nyata kurniaan ilahi...

engkau anak istimewa..
kebahagiaan ibu ayah..
bila menangis dan tertawa..

hai anak engkau tak mengerti...
betapa mulia pengorbanan mereka..
memberikan kasih sayang..
agar dapat menikmati dunia..

masa silih berganti..
kau membesar tak dikenali..
cepat sungguh kau pandai bicara..

apa yang telah terjadi..
pada mereka kau derhaka..
mengapa begitu apa kah salahnya ?...

kini kau telah tersesat..
hilang diri dan pedoman..
tak seorang pun yang ambil peduli..

dan kini engkau..
ibu ayah menghampiri..
walau engkau telah terpesong jauh..

hai anak kau tak mengerti..
betapa mulia pengorbanan mereka...
memberikan kasih sayang..
agar dapat menikmati dunia..


HARGAILAH IBUBAPA KITA SELAGI MEREKA MASIH HIDUP..
JANGAN LAH SESEKALI TINGGIKAN SUARA DENGAN MEREKA..
JADILAH ANAK YANG BERBAKTI..
BUKAN JADI ANAK YANG MENYAKITI...






INGATAN
" kecelakaan besar bagi tiap tiap pencaci dan pengeji " 
( SURAH AL HUMAZAH : AYAT 1 )

Khamis, 29 Januari 2015

PETUA MENGKHUSYUKKAN SEMBAHYANG

ASALAMUALAIKUM

PETUA MENGKHUSYUKKAN SEMBAHYANG...

#   menjaga makan dan minum dan memastikan ianya diambil dari sumber yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang bersyubahat..

#   membanyakkan sedekah terutama pada fakir miskin...

#   mengambil air wuduk dengan sempurna ....

#   memakai pakaian yang bersih lagi kemas...

#   memakai wangi wangian yang diharuskan...

#   sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali ada majlis ilmu....

#   memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu....

#   banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan sembahyang terakhir dalam hidup...

#   menyedari hakikat ia sedang berhadapan dengan ALLAH Yang Maha Agong dan Maha Mengetahui segala rahsia hambanya...

#   menyemaikan dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap ALLAH Yang Maha Melihat setiap gerak geri hambanya....

#  belajar memahami segala isi bacaan dalam solat...

#   sebelum mengangkat takbiratulihram hendaklah membaca surah AN NAS dan SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W ..istighfar untuk menjauhkan gangguan syaitan..

#   melambatkan bacaan semasa dalam rukuk dan sujud...

#   memandang tepat ke tempat sujud..



INGATAN
" ingatlah tuhan mu dalam hati mu..serta merendahkan diri..dan takut bukan dengan suara yang keras..waktu pagi dan petang hari..dan janganlah engkau termasuk orang orang yang lalai "
( SURAH AL ANFAAT : AYAT 205 )

Rabu, 28 Januari 2015

IKAN PATIN TERMENUNG ???

ASALAMUALAIKUM...

kawan2 pernah bingung tak nak masak apa...
sebagai suri rumah yang tegar memasak hari2...
memang kadangkala yan akan bingung tak tahu nak masak apa...
lebih2 lagi ikan patin...
bukan sebab tak tahu masak..
tapi tak tahu nak masak kicap ker...goreng ket..sambal ker..pindang ker...asam pedas ker..gulai ker...bakar ker...AAAAAH BANYAKNYA KER !!!!!!!...
nak masak bubuh tempoyak takder stok...
tekak ni semua ada rasa nak makan semua jenis masakan..
ketika ni yan masih tenung ikan tu..tak tahu nak masak apa..


macam besor no nak ditayang2 kan..
:-))  3kg lebih juga beratnya tau...


nak masak apa agaknya yer ... 
tempoyak tak der stok kat umah :'-C



INGATAN
"  dan mudahkanlah bagiku , tugasku "
( SURAH TAHA : AYAT 28 )

Selasa, 27 Januari 2015

TAHI LALAT HIDUP

ASALAMUALAIKUM...

kadang kadang tahi lalat memang merisaukan ...lebih lebih lagi tahi lalat hidup yang semakin membesar..kalau dibadan boleh ditutup dengan baju..tapi kalau dimuka amat amat lah bermasalah...yan juga ada tahi lalat hidup tapi mujur tak membesar dengan cepat...yan tak buang.. tak der masalah bagi yan..sebab kat telinga terlindung rambut..:-)) ...tapi bagi sesiapa yang punya tahi lalat hidup dimuka dan semakin membesar nak buang guna laser atau beli produk tak der duit nak beli..boleh lah cuba petua dibawa..insyallah...



PETUA KECILKAN TAHI LALAT HIDUP


ambil GETAH DAUN KEMBOJA letak ditempat yang ada tahi lalat..tutup dengan kapas...amalkan sekerap mungkin..insyallah...@

potong pokok LIDAH BUAYA..ambil lendir nya..sapu ditempat yang ada tahi lalat tunggu 2 - 3jam..baru dibersihkan..ulang sehingga hilang...insyallah...@

beberapa ulas BAWANG PUTIH tumbuk halus di oleskan ditempat yang ada tahi lalat hidup...seeeloknya disapu sebelah malam sebelum tidur..tutup dgn kapas...supaya tak terabur dibantal...esok pagi baru dicuci bbersih..ulang sehingga hilang...insyallah...@

ambil 2 sudu makan CUKA EPAL dan 1 mangkuk AIR SUAM dicampur..selepas itu rendam kapas didalam mangkuk air suam  yang telah bercampur cuka epal sapukan ditempat yang ada tahi lalat hidup..biarkan 20 minit..bilas dengan air dingin..ulang beberapa kali...insyallah...






INGATAN
" dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran ALLAH "
 ( SURAH ADZ ZARIYAT : AYAT 49 )

Isnin, 26 Januari 2015

BERDOA DALAM KEINSAFAN



ASALAMUALAIKUM...

betapa ALLAH sayangkan kita...sesungguhnya ALLAH maha mendengar..ingin mengampuni dan menunaikan hajat kita...tetapi kenapa tidak sedikit pun memohon ampun dan berdoa?...apa gunanya kita berdoa hanya di dalam kesempitan dan hal hal dunia..amat kurang kita berdoa bersungguh sungguh didalam berdoa melibatkan soal agama..dosa dosa dan maksiat yang pernah kita lakukan...menangis lah..mengadulah..bersyukurlah....menadah tangan menyerah diri pada ALLAH...



ADAB ADAB BERDOA...


memilih waktu yang mustajab untuk berdoa...

berdoa menghadap arah kiblat dan tangan diangkat sehingga nampak putih ketiak...

jangan terlalu kuat atau terlalu perlahan suara di dalam berdoa....

jangan bersusah payah dalam berdoa maksud nya memilih kalimah atau susunan ayat....

khusyuk dan merendah diri dengan mempamerkan rasa hina dan berhajat yang amat sangat...

dalam keadaan yakin doanya akan diterima....

bersungguh sungguh mengulangi doa doanya...

mulakan doa dengan ALHAMDULILAH dan akhiri dengan selawat keatas nabi MUHAMMAD SAW...




INGATAN
" engkaulah sahaja ( YA ALLAH ) yang kami sembah dan kepada engkaulah sahaja kami memohon pertolongan " 
( SURAH AL FATIHAH - AYAT 5 )


Ahad, 25 Januari 2015

WATER FILTER

ASALAMUALAIKUM....

BAGI YAN PENGUNAAN PENAPIS AIR PENTING BAGI MENJAMIN KUALITI AIR YANG LEBIH BAIK...

PENAPIS AIR NI MEMBOLEHKAN PENYINGKIRAN BENDASING DAN MENYAHKAN WARNA SERTA MENYINGKIRKAN RASA PAYAU...



pelbagai jenis penapis air..tapi yan pilih yang macam ni..mudah diganti span tu..


karat karat yang penuh di batang paip...



INGATAN
" dan apabila kamu menjalankan hukuman di antara manusia , ( ALLAH menyuruh ) kamu menghukum dengan adil " 
 ( SURAH AN NISA' - AYAT 58 )



Sabtu, 24 Januari 2015

URAP PUCUK UBI KUKUS

ASALAMUALAIKUM....


PUCUK UBI YANG BARU DIPETIK..


RESEPI ADA DI ENTRI  BLOG YANG LEPAS...
TAJUK
 ( PUCUK UBI PUJAAN HATI KU )


dah siap dikukus selama 15 minit :-)


INGATAN
" sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya "
( SURAH AL ISRA' - AYAT  36 )

Jumaat, 23 Januari 2015

ANTIBIOTIK AYAT AL QURAN

ASALAMUALAIKUM...

kenapalah kau gangu aku ?
kau bukan tak tahu aku ni penakut....
lemah semangat aku tau tak...
tolong lah jangan ganggu aku lagi...
aku tak nak berkawan dengan kau...
kelibat kau pun aku tak sudi tengok...
apatah lagi penampakan kau di depan mata...
janganlah kau main guli dalam rumah aku lagi...
janganlah kau duduk dirahim dan tengkuk ku lagi...
pergilah kau jauh2...
tika aku tiada dirumah janganlah kau main lampu...
kesian jiran aku pun turut terkena tempias kau..
sekarang aku dengar kau dah tinggal di atas reban ayam dia..
sampai demam2 dia tau tak ternampak kau...
aku yakin ALLAH sentiasa ada bersama ku...
aku akan terus berikhtiar dan takkan putus asa untuk keluar kan kau...
AKU BERLINDUNG DARI SYAITAN YANG DIREJAM..


air surah yassin dan ayat ruqyah suami buat...
air 30 juzuk AL QURAN dari pelajar2 tahfiz..

INGATAN
"sesungguhnya ALLAH mengetahui setiap sesuatu " 
( SURAH AL ANKABUT : AYAT 62 )

Khamis, 22 Januari 2015

APAM KU MEREKAH


ASALAMUALAIKUM...

KALI KEDUA BUAT...

RESEPI DARI BLOG KAK NOORIAHNAIM...

YAN MAKAN TAK DER KELAPA PUN DAH RASA SEDAP LEMAK MANIS...

LEMBUT AJER KUEH NI..MEREKAH TAK INGAT..

KUEH APAM NI MAKAN KENA BERSAMA AIR KALAU TAK TERCEKIK HEHEHE...





INGATAN
" mengapa kamu menyuruh orang lain melakukan kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al- kitab..maka tidakkah kamu berakal "
( SURAH AL BAQARAH : AYAT 44 )


Rabu, 21 Januari 2015

SELALU MENGINGATI MATI

ASALAMUALAIKUM...

"hai...bila lah aku ni nak mati"
"kalau aku mati..."

pasti ada diantara kita yang selalu berkata begitu..RASULULLAH S.A.W sendiri lebih 20 kali sehari mengingati mati...orang mukmin sejati begitu cintakan mati kerana alam akhirat itu tempat rehat bagi orang orang mukmin....

ada juga yang tak fikir langsung pasal mati...bila melihat mayat terbujur kaku...mereka masih berbual bual kosong..masih bercakap hal dunia tanpa sedikit pun rasa insaf mengingati mati...berbual tentang perniagaan..gaji tak naik...hiburan..orang yang sebegitu hatinya jauh dari petunjuk ALLAH SWT..

ada 3 pengajaran mengingati mati : -

- mengingati mati boleh menghapuskan dosa...
- mengingati mati boleh membuatkan kita menjadi zuhud di dunia...
- mengingati mati boleh menjadi nasihat yang paling berkesan...

sama2 lah kita mengingati mati agar kita tak lupa bahawa MATI ITU PASTI...persoalannya adakah kita dah bersiap sedia ? adakah amal kita dah cukup ? atau kita masih leka dengan hal dunia..mencari harta..mencari hiburan..sedangkan harta..wang ringgit...tidak boleh dibawa mati...ia cuma boleh diwarisi oleh anak isteri...
tidak salah mencari harta wang ringgit tapi harus berpada2...jangan sampai lalai ..

orang yang pandai adalah orang yang mngingati mati...KENAPA ?
mereka sering mencari bekalan untuk dibawa ke akhirat...mereka memikirkan bala bencana di dunia tidak sehebat bala bencana di akhirat...bala bencana di akhirat lebih pedih dan mengerikan..
mereka juga sering memikirkan nikmat akhirat yang kekal abadi berbanding nikmat dunia yang bersifat sementara..

WAALAHUALAM...


INGATAN
" mereka yang apabila ditimpa musibah..mereka mengucapkan..' sesungguhnya kami ini kepunyaan ALLAH dan kepada-NYA kami kembali' "
( SURAH AL BAQARAH : AYAT 156 )

Selasa, 20 Januari 2015

CINTA KERANA ALLAH

ASALAMUALAIKUM....

tiada ayang duga..
disaat ayang kesunyian kesedihan...
abang hadir membawa seribu harapan...
pada mulanya hati ini tidak percaya dengan ktulusan hati abang..
maaf abang..hati ini sering disakiti oleh kaum sejenis abang..
tika itu ayang tidak terbuka hati sedikit pun untuk menerima abang...
perkenalan yang tidak disengajakan di alam maya membawa kita bertemu di alam nyata...
kelembutan hati abang membuat hati ayang terbuka namun masih tidak berani memberi kata cinta pada abang...
tidak lama perkenalan kita...kita disatukan dengan ijab kabul...
disaat itulah kita mula menyemai benih benih cinta yang tiada siapa mengerti....
kita saling memerlukan antara satu sama lain...
segala dugaan kita tempuhi bersama biarpun kadangkala dugaan itu terlalu menyakitkan...
pelbagai tohmahan kita harungi bersama...
atas nama cinta kerana ALLAH kita dapat harungi dugaan bersama..
kadangkala tangisan abang membuat hati ini semakin sayang pada abang...
kesabaran abang terlalu tinggi...
belum pernah ayang jumpa insan sesabar abang...
abang ingat lagi tak waktu kita susah dulu...kita balik kampung naik moto...bila abang penat menungang..ayang pula yang menungang..kita menungang moto bergilir2 sehingga sampai ke kampung...masa tu hujan panas kita tempuhi...
kita sering berpegang prinsip segala perbuatan kita lakukan dengan niat hanya KERNA ALLAH...
pernah satu ketika kita hanya makan sekeping tahu dibahagi 2 bersama nasi...sesekali telur sebiji dibelah 2...tapi kini alhamdulilah...segala galanya mudah...syukur alhamdulilah kini kita sudah punyai kereta sendiri..tapi abang selalu ingatkan ayang supaya besederhana dalam hidup..
abang.. ayang selalu berdoa biarlah kita pergi bersama..
hanya abang tempat ayang menumpang kasih...pada abang kasih sayang ini disemai....pada abang tempat ayang bermanja...hanya abang yang mengerti jiwa ayang..abang...andai ayang yang pergi dulu ..jaga diri baik2 yer...ayang tahu abang juga tak sekuat ayang...andai ayang pergi dulu ayang tunggu abang dekat sana..tapi andai abang pergi dulu..nantikan ayang disana...
terima kasih sayang...sayang abang...




INGATAN
" sesungguhnya perkara perkara yang baik itu akan menghapuskan keburukan...demikianlah peringatan kepada orang yang mahu beringat "
( SURAH HUD : AYAT 114 )

Isnin, 19 Januari 2015

ANAI ANAI

ASALAMUALAIKUM

apa dosa kami wahai anai2.....

kayu kat luar tu banyak...

 mengapa meja makan kami juga jadi pilihan...

kami terpaksa meracuni dirimu...

jika tidak berapa banyak lagi yang habis dimamah oleh mu...





INGATAN
" sesungguhnya syaitan itu musuh kamu...maka jadikanlah ia sebagai musuh "
( SURAH FATIR : AYAT 6 )

Ahad, 18 Januari 2015

MACAM CANTIK JER

ASALAMUALAIKUM....

walaupun matahari memancar kan sinaran tetapi angin sejuk dah mula terasa....

apatah lagi air paip dah mcam air batu sejuknya....

sejuk2 pun bukan alasan tak mandi pagi tau...hehe

macam dah lari dari tajuk je aku ni...:-P

saje aku letak gambar ni sebagai kenangan....

bagi aku selagi benda tu boleh buat sendiri aku buat.....

bekas tuala kecik ni aku dan hubby buat tadi malam..

jenuh jugalah nak melipat kertas A4 tu...

ni belum direben lagi...

tengah bingung memikir warna reben yang sesuai...

ada cadangan tak  ? ....





INGATAN
"dan janganlah kamu bertindak membazir..kerana membazir itu rakan syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya "
( SURAH AL ISRA ' - AYAT 27 )

Sabtu, 17 Januari 2015

COOKIES CHEF !!!!

ASALAMUALAIKUM ...




INGATAN
 "wahai tuhan kami..berilah ampun bagiku..dan bagi kedua ibubapaku..serta bagi orang orang yang beriman..pada masa berlakunya hari penghitungan amal dan pembalasan "
 ( SURAH IBRAHIM : AYAT 41 )

Jumaat, 16 Januari 2015

GANGGUAN ALAM GHAIB

ASALAMUALAIKUM...

salam jumaat semua..semoga semua dalam keadaan baik2 hendaknya... " YER KER APA YANG DICAKAP NI "... " JANGANLAH PERCAYA SANGAT..SYIRIK "..." KALAU SAKIT JUMPALAH DOKTOR..BUAT APA JUMPA USTAZ "..." JANGAN2 SAJER MINTA PERHATIAN "... amboi sedapnya bercakap...tak kena batang hidung boleh lah cakap besar..ada sakit memang kena pi doktor..ada sakit doktor tak dapat ketahui puncanya...arini yan nak berkongsi beberapa potong AYAT AYAT RUQYAH DARI AL QURAN  yang yan baru amalkan...yan amalkan bersebab...mudah mudahan kita dapat menjauhi dari  gangguannya...amin..

SURAH AL FATIHAH ( AYAT : 1 - 7 )

SURAH AL BAQARAH  ( AYAT : 1 - 5 )

SURAH AL BAQARAH ( AYAT : 102 )

SURAH AL BAQARAH ( AYAT : 163 - 164 )

SURAH AL BAQARAH ( AYAT : 255 - 257 )

SURAH AL BAQARAH ( AYAT : 285 - 286 )

SURAH ALI IMRAN ( AYAT : 18 - 19 )

SURAH AL A' RAF ( AYAT : 54 - 56 )

SURAH AL MUKMINUN ( AYAT : 115 - 118 )

SURAH AS SOFFAT ( AYAT : 1 - 10 )

SURAH AL AH QAF ( AYAT : 29 - 32)

SURAH AR RAHMAN ( AYAT : 33- 36 )

SURAH AL HASYR ( AYAT : 21 - 24 )

SURAH AL JIN ( AYAT : 1 - 9 )

SURAH AL IKHLAS ( AYAT 1 - 4 )

SURAH AL FALAQ ( AYAT : 1 - 5 )

SURAH AN NAS ( AYAT : 1 - 6 )


INGATAN
"  dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat..dan bersabarlah dalam mengerjakannya " 
( surah TAHA : ayat 132 )

Khamis, 15 Januari 2015

HANYA PERPISAHAN UNTUK HIDUPKANMU

ASALAMUALAIKUM...

alhamdulilah masih dapat melihat mentari pagi setelah beberapa hari tak kelihatan...

anak pokok puding yang disemai nampaknya menjadi...

alhamdulilah petang nanti aku pisahkan kamu yer pokok puding..

jangan merajuk yer pokok puding...

aku hanya mahu lihat pokok puding terus hidup...





INGATAN
" telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya..sedang mereka dalam kelalaian..tidak hiraukan persediaan baginya " 
( surah Al ANBIYA : ayat 1 )

Rabu, 14 Januari 2015

DUHAI HATI

ASALAMUALAIKUM...

ALLAH BAGI UJIAN SEBAB ALLAH SAYANG...

ALLAH BAGI UJIAN SEBAB ALLAH NAK AMPUNKAN DOSA DOSA KECIL...

ALLAH BAGI UJIAN SEBAB ALLAH NAK BAGI PAHALA...

ALLAH BAGI UJIAN SEBAB ALLAH NAK TINGGIKAN DARJAT...

ALLAH BAGI UJIAN SEBAB ALLAH NAK UJI IMAN ..

ALLAH BAGI UJIAN SEBAB ALLAH NAK BAGI SYURGA...

ALLAH BAGI UJIAN SEBAB ALLAH TAHU KITA MAMPU HADAPI..


SEKUAT MANA KITA MAMPU HADAPI UJIAN ALLAH..



INGATAN
" sekiranya kamu bersyukur..
akan-KU ( ALLAH ) tambahi nikmat-KU kepadamu..
dan jika kamu mengingkari nikmat-KU ..
sesungguhnya azab-KU amatlah pedih "
  ( surah IBRAHIM : ayat 7 )

Selasa, 13 Januari 2015

BRIM

ASALAMUALAIKUM...

alhamdulilah ada rezeki ALLAH bagi hari ini..BRIM keluar lebih awal dari jangkaan..yan dah dapat..kawan2 bagaimana..syukur alhamdulilah sejak kerajaan bagi BRIM ni..tak payah pening2 cari duit roadtax kereta..maklum jelah roadtax kereta bukannya murah..kalau tak simpan sikit2 memang tak berbayar...dah kena saman baru sibuk nak bayar..tapi setakat ni yan belum lagi tak bayar roadtax.. ;-)) ...

diam tak diam dah 13 hari tahun 2014 meninggalkan kita...cepat benar masa berlalu seperti baru semalam kita memasuki tahun 2015 kan..suka duka yang banyak tercatat sebagai sejarah untuk tahun 2014....macam dugaan kita hadapi..mudah mudahan tahun 2015 segala dugaan dapat kita tempuhi dengan lebih tenang dan tabah..


tengah sakit gigi ni tak dapat membebel lama..  :'-C



INGATAN
" sesungguhnya sembahyang itu adalah berat..melainkan bagi orang yang khusyuk "
( surah AL BAQARAH : ayat 45 )

Isnin, 12 Januari 2015

DULU DULU ( 5 )

ASALAMUALAIKUM

pokok rambutan antara pokok yang menjadi tempat kenakalan budak2 zaman dulu..

selain pokok jambu air..manggis..durian dan duku...

masa tu musim buah buahan mesti time cuti sekolah kan ....

maka bermula pakatan pakatan nakal antara aku dan sepupuku..

kebiasaanya kami merembat kebun orang lain dulu (jgn ikut perangai aku)...

puas kami  makan dikebun orang yang dah macam kebun sendiri..kami meluaskan kawasan jajahan ke kebun atuk..

yang tak bestnya bila orang yang pandai panjat makan dulu kat atas sampai tak ingat orang bawah...

aku dulu setakat pandai panjat sedahan dua yang rendah aje..

tak berani aku nak panjat tinggi2 dengan fizikal yang berisi tu...

tapi zaman tu memang seronok walaupun kena perambat dengan tuan kebun ..kena sengat penyengat..kena serang dengan kerengga..tapi itu semua tak mematahkan semangat kenakalan kami :-)) ...

sekarang masing2 dah punya keluarga sendiri..cepat benar masa berlalu...
musim buah buahan pun macam dah tak wujud lagi..kerana setiap masa kita pasti mudah mencari rambutan durian manggis pulasan duku langsat yang dah tak mengikut musim seperti dulu...aku sendiri dah tak reti memanjat lagi..




INGATAN
" dan bersabarlah kamu bersama sama dengan orang orang yang menyeru tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya " ( surah al kahfi : ayat 28 )

Ahad, 11 Januari 2015

CEMBURU PADA DIA


ASALAMUALAIKUM..

sejak kehadirannya aku rasa tergugat..

sejak kehadirannya hati meronta ronta...

sejak kehadirannya keinginan ku mula melonjak..

sejak kehadirannya jiwa bercelaru..

sejak kehadirannya hilang rasa rindu..

TERIMA KASIH ALLAH..TERIMA KASIH  IKRAM KERANA MEMBAHAGIAKAN SEMUA ORANG...YANG TIADA CUCU MENUMPANG KASIH PADAMU..YANG TIADA ANAK MEMINTA SAYANGMU...BERUNTUNGNYA JADI DIRIMU...MAK YAN  CEMBURUUUUUU TAU..




INGATAN
" sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH..nescaya ALLAH memudahkan baginya segala urusannya " ( surah AL TALAQ : ayat 4 )

Sabtu, 10 Januari 2015

BINGKA KRACKER PISANG

ASALAMUALAIKUM...

1 cawan AIR...

20 keping BISKUT KRACKER..

3 biji TELUR..

1/2 cawan MINYAK MASAK..

1/2 cawan GULA..

 secubit GARAM..

1 sudu besar SUSU PEKAT...

SEMUA BAHAN DIBELENDER...

2 biji PISANG dihiris..

masuk loyang ..kukus 15 minit..




INGATAN
" hai sekalian manusia ..takutlah kamu kepada tuhan mu..sesungguhnya gempa bumi pada hari kiamat..suatu yang amat besar "  ( surah al hajji : ayat 1 )

Jumaat, 9 Januari 2015

BUKAN KENA BAYAR PUN

ASALAMUALAIKUM...

kenapa susah sangat untuk memberi salam atau menyahut salam ?
kena bayar ker kalau beri salam atau menyahut salam...rm berapa???
memang ada segelintir dari kita payah untuk beri salam atau menyahut salam..lebih lebih lagi sesama islam..kenapa jadi begitu..mari kita sama2 belajar apa adab2 mengenai salam ni...

ORANG YANG PATUT MENDAHULUKAN SALAM

yang berjalan kepada yang duduk...
yang muda kepada yang tua..
yang berkenderaan kepada yang berjalan kaki..
yang berada diluar kepada yang didalam..
yang berada dibelakang kepada yang didepan...
yang meninggalkan majlis kepada yang berada di majlis..

ORANG YANG MAKRUH DIUCAPKAN SALAM KEPADANYA

orang yang sedang azan dan iqamat...
orang yang sedang mengajar ilmu agama...
orang yang sedang membaca AL QURAN...
orang yang sedang qadha hajat...
orang kafir...
ahli maksiat...

ORANG YANG TIDAK WAJIB MENJAWAB SALAM

orang yang sedang sembahyang..
orang yang sedang qadha hajat..
orang yang sedang mengajar...
orang yang suka meminta minta...
orang yang menerima salam setelah bercakap cakap dengannya...

KELEBIHAN MEMBERI SALAM

mendapat ke redhaan ALLAH...
mendapat doa dari malaikat...
mendukacitakan iblis...
membersihkan hati...
melahirkan kemesraan sesama insan...




INGATAN
" dia ( ALLAH )  yang menghidupkan dan mematikan..apabila dia hendak memutuskan sesuatu urusan..maka hanya dia berkata ' jadilah engkau..maka jadilah ia ' " ( surah al mukmin : ayat 68 )

Khamis, 8 Januari 2015

ALAMAK ! BAU APA NIE ?

ASALAMUALAIKUM....

kenapalah bau dia nie busuk benar...dah macam bau bangkai...amboi sedapnya mulut tu mengata orang...macamlah diri sendiri tu wangi sangat...kalau dah terbau tu diam2 ajelah...jagalah sikit hati kawan tu...nie main sembur aje...kalau nak menolong tak pe juga...ni makin menyakitkan hati kawan tu...ish ish ish.....tentu ramai dikalangan kitamempunyai masalah berkaitan bau....memang sukar nak mencari ubat berkaitan bau..contohnya bau badan..puas dah pakai berbotol botol deodorant dari semurah murah harga hinggalah semahal mahal harga..tapi tetap juga berbaussss...sabarjelah nak buat macamana...yer tak...apa kata cuba petua orang dulu dulu pulak..

bau mulut

ambil beberapa helai daun sireh..ramas ramas kan di dalam air...kemudian dikumur..buatlah beberapa hari...insyallah..

bau badan

beberapa helai daun limau nipis yang masih muda..tumbuk sehingga hancur..kemudian gentel kecil2 supaya mudah ditelan..makanlah 3 kali sehari..insyallah..

bau ketiak

gosokkan tawas dicelah ketiak beberapa kali..insyallah..


INGATAN
"sesungguhnya ALLAH tiada menganiaya manusia sedikitpun..tetapi manusia sendiri menganiaya dirinya " ( surah yunus : ayat 44 )

Rabu, 7 Januari 2015

DISERANG ???

ASALAMUALAIKUM..



syukur alhamdulilah..merasa juga banyak pengunjung..

impian jadi kenyataan..tapi mungkinkah hanya sehari saje..

jadilah daripada tak dapat langsung..





INGATAN
" sesungguhnya hari kiamat akan datang..tidak keraguan padanya ..tetapi kebanyakkan manusia tiada beriman " ( surah  AL MUKMIN : ayat 59 )

YER KER !!!!

ASALAMUALAIKUM...

eei boleh ke dimakan buah sawit ni ?

bukan boleh buat minyak masak jer ker...

sapa kata ?

sebenarnya dri zaman dulu biji sawit boleh dimakan..

samada dengan dimasak atau diisap aje..

buah sawit juga boleh dibuat bingka..rasanya lemak2...warnanya macam bingka labu...

zaman sekarang biji sawit juga dah menghasilkan santan..

mak kata dulu biji sawit diratah begitu saje..kupas kulitnya dan diisap..mak kata lagi rasa buah  sawit tu lemak manis..

tapi yan tak pernah rasa yang mentah..tak berani..bimbang keracunan..

:-))



INGATAN
" sesungguhnya orang orang tidak beriman kepada ayat ayat ALLAH ..
maka ALLAH tidak memberi petunjuk kepada mereka dan untuk mereka siksaan yang pedih " ( surah AN NAHL .. AYAT : 104 )