Rabu, 30 Disember 2015

MOOD KE LAUT DALAM


ASSALAMUALAIKUM...


musim cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya...

Mood menulis semakin ke laut....

Fikiran masih bercuti untuk menulis...

Tahap kemalasan semakin berganda ganda...

Huhuhu !!!!


INGATAN

PERSIAPAN ANAK2 KE SEKOLAH SUDAH LENGKAP KE BELUM...

PAKAIAN SEKOLAH DAH CUCI ????

BUKU ANAK2 SUDAH BERSAMPUL ????

DUIT YURAN SUDAH DI BAYAR ????



Sabtu, 26 Disember 2015

SS TERIMA KASIH TAU !!!!


ASSALAMUALAIKUM..




nak tahu tau tak !

nak tahu tau tak !

dapat ni dari ss tau tak !

Terima kasih tau ss , suka sangat2 tau tak !

SAPA TAK TERJAH BLOG SS RUGI TAU TAK !

tak caya tanya 

JM DM QA PUN TAHU..TAU TAK !


Rabu, 23 Disember 2015

AYAM BULU TERBALIK ???


ASSALAMUALAIKUM.. 



JOM ZIKIR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

Isnin, 21 Disember 2015

KASIH IBU BAPA TIRI


ASSALAMUALAIKUM....

Syukur Alhamdulillah...
Bertemu jodoh setelah sekian lama bersendiri...
Selamat pengantin baru kak jana dan suami...
Semoga berbahagia hingga ke jannah..
Insyallah ..amin

Anak anak sebelah suami

Anak anak kak jana


INGATAN

hormatilah ibu tiri atau bapa tiri...
Kerana mereka juga seperti ibubapa kandung juga....
Jadi janganlah sesekali tinggikan suara serta menderhaka pada mereka...
Sayangilah dan hargailah mereka seperti mana kita mengasihi ibubapa kandung sendiri...
Janganlah selalu fikir ibu tiri atau bapa tiri itu pengikis harta...
Harta boleh cari...tapi kebahagiaan tiada nilai gantinya..

Sabtu, 19 Disember 2015

MOHON DOA UNTUK QILA


ASSALAMUALAIKUM...


Adik HAQILA perlukan doa dari kita semua
Agar dia diberi kesihatan dan kehidupan seperti kanak2 lain...

Pagi tadi adik qila dimasukkan ke wad icu selepas menjalani satu pembedahan ...
Akibat ususnya termasuk dalam usus..dan buah pinggang bengkak..

Adik qila masih berumur 6 bulan..

Harap para sahabat mendoakan adik haqila supaya selamat dan sembuh..


Jumaat, 18 Disember 2015

CENDAWAN MEKAH : TERIMA KASIH ARYAN AZRA


ASSALAMUALAIKUM....



Syukur Alhamdulillah.. 

Allah ketemukan yan dengan sahabat sahabat yang pemurah di dunia maya ini...

Terima kasih banyak2 pada BLOGGER ARYAN AZRA kerana sudi memberi sekeping cendawan mekah...

Moga Allah lipat gandakan rezeki BLOGGER ARYAN AZRA ..amin

Kalau sahabat nak tahu..blogger aryan azra punyai 3 orang zuriat yang sangat comel dan aktif...

YOK TERJAH BLOG BELIAU

aryanazra.blogspot.com




INGATAN

LAGI 6 HARI MAULIDUR RASUL


Rabu, 16 Disember 2015

PERSIAPAN



ASSALAMUALAIKUM...




INGATAN
Nabi luth berdoa dengan berkata : 
"Wahai Tuhanku , tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakkan (merderhaka) "
SURAH AL -ANKABUT : AYAT 30

Selasa, 15 Disember 2015

ZAMAN INI ZAMAN APA ???


ASSALAMUALAIKUM..



Zaman ini zaman sosial media
Separuh masa terbuang sia sia
Setiap orang bebas berkata
segala aib dijaja merata
Hingga lupa MAHA PENCIPTA

Zaman ini zaman tiada  hormat
cakap lepas ingat selamat
Rasa diri hebat sangat
ketawakan orang setiap saat
Hingga lupa AKHLAK AKHIRAT

Zaman ini zaman tiada sikap malu
Yang perempuan tanpa segan silu
Yang lelaki semakin ulat bulu
buat sesuatu sering melulu
Hingga lupa ADAB MALU

Zaman ini zaman tiada peribadi
masalah diri diluah sesuka hati
kelemahan orang ditawa tanpa henti
Umpama tiada sekeping hati
Hingga lupa MUHASABAH DIRI

Zaman ini zaman apa
Serba serbi serba tak kena
Walaupun maklumat dihujung jari ada
Tapi masih berhasad dengki dan leka
Hingga lupa ALLAH YANG MAHA KUASA


JOM ZIKIR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR



Ahad, 13 Disember 2015

NOMBOR 4 DI BLOG CIKGU ETUZA


ASSALAMUALAIKUM...


syukur Alhamdulillah...

Terima kasih banyak banyak cikgu....

Sapa tak terjah blog cikgu yang murah hati ini rugi...

Selain dapat ilmu dapat juga beramah mesra dengan cikgu etuza yang rajin membalas komen...


INGATAN
"dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakan"
SURAH  AN NAJM : AYAT 39


Khamis, 10 Disember 2015

JANJI YANG TERBUANG


ASSALAMUALAIKUM...



janji ???
mudah sebutannya tapi amat payah untuk melakukannya...

Cuba kita ingat kembali janji kita dengan orang tua kita...

Semasa kecil , kita pasti pernah berjanji dengan orang tua kita :

Akan jaga mereka

Hendak hantar pergi haji

Apa yang mereka minta akan ditunaikan

Gembirakan mereka

Jadi anak yang taat

Sediakan mereka rumah

Bagi duit kerja kita

BETUL TAK !!!

masa kecil macam2 kita berjanji

Kenapa semakin meningkat dewasa , kita lupa janji itu...

Jangan kan bertanya khabar , hendak jenguk jauh sekali....

Ada setengahnya pulak...orang tua baru suruh beli tepung sekampit....terus diherdik....

Lupakah kita...ketika kecil apa saje kita minta..sesusah apa pun orang tua kita pasti akan ditunaikan...
Semakin kita dewasa ada ketika kita juga masih perlukan bantuan mereka....

Tidak malu kah kita....sedangkan waktu kita senang kita lupa mereka..


INGAT

DOA DAN RESTU IBUBAPA SANGAT SANGAT PENTING...

SETITIS AIRMATA KECEWA MEREKA , HIDUP KITA TAKKAN TENANG...

BUKAN HARTA JADI UKURAN...

TAPI KASIH SAYANG YANG MEREKA DAMBAKAN...



Selasa, 8 Disember 2015

SANTAI


ASSALAMUALAIKUM...



INGATAN
"boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu , dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu , Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui"
SURAH AL BAQARAH : AYAT 216

Isnin, 7 Disember 2015

DAUN KELEDEK UBAT BISUL


ASSALAMUALAIKUM....

apa khabar sahabat semua ?

arap sihat dan diberi kehidupan yang baik2....

Terima kasih pada yang mendoakan abah yan...

Alhamdulillah , abah Yan dah keluar hospital...

Alhamdulillah , sampai Je rumah segamat yan demam... 

Bukan apa , yan kalau tak sihat , yan tak suka depan mak abah..bimbang mereka risau ..

Dah 3 hari yan demam , punca nya dari bisul yang berada di suatu tempat....sebesar bola ping pong...

Dah lah bengkak...tak ada mata pulak....sakit n bisa sangat2...

Suami cadang bawa ke klinik...tapi , yan terbayang pisau toreh...adoi terus nangis laju2...tak mau , tak mau...

mujur suami banyak pengalaman....Guna petua arwah nenek...

Daun keledek ditumbuk diletak ditempat yang bengkak...

Alhamdulillah , selang 2 hari mata bisul keluar.....

Laju2 cucuk dengan duri pokok limau purut...

Boleh tahan juga banyaknya nanah  dan darah....

sekarang tinggal tunggu bekasnya sebesar duit 50sen,  kering je....

Tapi masih sakit...huhuhuhu...

HARAP MAAF LAMBAT JENGUK RUMAH SAHABAT SEMUA.. 

TERIMA KASIH TAU SINGGAH RUMAH YAN..


JOM ZIKIR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR




Rabu, 2 Disember 2015

GUSAR


ASSALAMUALAIKUM...



Alhamdulillah , hajat abah untuk memiliki sehelai baju JDT tertunai jua...


ABAH

hati ini gusar sejak abah kerap diserang sesak nafas ,

abah kuatkan semangat tau ,

tiada yang indah selain senyuman abah ,

cepat baik tau abah.....

harap ari ini atau lusa abah boleh keluar wad dah...




Jumaat, 27 November 2015

SALAM JUMAAT


ASSALAMUALAIKUM..

Sapa suka packing jajan bila nak kenduri , angkat tangan...

Yan suka buat aktiviti ni bila nak ada kan sesuatu majlis..

sebab utama DAPAT MAKAN JAJAN sambil packing...
Hihihihihi....



SALAM JUMAAT


JOM ZIKIR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR





Khamis, 26 November 2015

PEMBERITAHUAN



ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah...

Semalam petang selesai sudah mengepos penghargaan buat sahabat maya...

Arap sudi terima cendermata yang tidak seberapa dari yan...

Maaf juga kerana lambat menghantar pada sahabat..

Pada yang dah dapat sila maklumkan pada yan yer...

Hanya tinggal QASEH VEE tak dapat dijejak...

Apa2 pun terima kasih semua kerana sudi bagi alamat yang yan minta... 


JOM ZIKIR


INSYALLAH

INSYALLAH

INSYALLAH

INSYALLAH

INSYALLAH

INSYALLAH

INSYALLAH

Rabu, 25 November 2015

TERIMA KASIH MUMMY


ASSALAMUALAIKUM...


Syukur Alhamdulillah ,

Tak sangka jadi TOP KOMENTAR bulan oktober di blog mummy , 

Rasanya kenal mummy melalui blog jm ,

MUMMY ,

terima kasih banyak2 kerana bagi yan FM2 yang cantik sangat2

Terutama yang kertas tu , cantik dan kreatif sangat2...

Moga mummy di beri kehidupan yang baik2 dan 2 hero yang soleh , insyallah amin...

Berasa Terharu sangat....  :-))


Sapa2 nak terjah blog mummy , 
sila lah Jengah 

notachentamummy.blogspot.com




Selasa, 24 November 2015

AIB YANG PERLU DIJAGA


ASSALAMUALAIKUM...



INGATAN

" dan dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat , kerana ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan -NYA kepada kamu "
SURAH AL AN 'AM : AYAT 165

Ahad, 22 November 2015

ABAH MAMA


ASSALAMUALAIKUM...


abah mama,

Terus lah bertabah,
Hentikanlah tangisan,
Jangan dengari tohmahan orang,
Biarkan mereka terus berisik,

abah mama 

Tiap tangisan abah mama,
Adalah kekuatan kakak,
Untuk terus pertahan kan keluarga ini,
Takkan kakak biarkan mereka 
Menginjak keluarga kita,

Abah mama

Semangat perjuang telah 
Diterap dalam diri 
Kakak sejak kecil,
Kakak tak mudah mengalah,
kakak ingat pesan abah mama,
Agar jangan sesekali buat orang,
Kakak ingat !!!
Tapi,
Hati kakak tak tahan,
Bila ada orang ganggu abah mama,


Abah mama

Kerana sikap itulah,
Kakak banyak belajar erti sabar,
Biarpun disakiti saudara sendiri,
Kakak tetap mengukir senyuman,
Biarpun hati ini terguris calar...

Abah mama

Berhentilah menangis,
Kakak dan adik2
Sentiasa ada disisi
Abah mama....



INGATAN
"Ya Allah , ampunilah dosa dosa ku serta kedua ibu bapaku , dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidik ku di masa kecil "








Jumaat, 20 November 2015

DAUN UBI DI PAGI JUMAAT


ASSALAMUALAIKUM...



Syukur Alhamdulillah ,dapat merasai lagi keindahan jumaat...

Damai rasa pagi ini...

Cuti sekolah sudah bermula..

Pasti banyak perancangan sudah dibuat...

Harap sahabat dipermudahkan perjalanan walau dimana berada...

Masih segar diingatan ,  dulu masa balik kampung selalu cari daun ubi...

Buat main masak2...

Main kawin2...

Sapa pernah buat macam gambar atas tu,masa kecik2 dulu...

Main kawin2 mesti kalung kan benda ni....


INGATAN
" dan rendahkanlah dirimu terhadap orang orang yang mengikutimu , iaitu orang orang yang beriman "
SURAH ASY SYURA : AYAT 215


Khamis, 19 November 2015

KEBIASAAN YANG KITA LAKUKAN


ASSALAMUALAIKUM...



hah ! nampak tak...nampak tak...

Mesti ramai yang pernah alami situasi sebegini kan...kan...

Kan elok saling membantu...

Jangan bersikap lepas tangan...

Si suami ubah lah sikit sikap tu...kata nak hidup bersama...bila sudah beranak pinak...hal urusan anak2 diserah bulat2 pada si isteri...Langsung tak ambil tahu..

Si isteri pulak jangan lah ,bila suami tu dah menolong , jangan ambil kesempatan pulak...siap kata dalam hati " HAH,RASAKAN"

Suami isteri kena lebih berkerjasama...kata orang tua 

RINGAN SAMA DIJINJING,
BERAT SAMA DIPIKUL...
SALING MEMAHAMI...
DAN TOLAK ANSUR...
BARU HIDUP RUMAHTANGGA BERKAT..
.INSYALLAH..AMIN..



INGATAN
" Ya Tuhan kami,limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan kami menyerah diri (kepada-Mu) "
SURAH AL A'RAF : AYAT 126


Rabu, 18 November 2015

ADAKAH ANDA BINGUNG MENCARI TEMPAT MAKAN ???



ASSALAMUALAIKUM...


Selamat pagi semua ;-))

Hari ini johor cuti peristiwa...

Jadi malas nak masak...

Asyik makan kfc dn kedai nasi campur je...

Jemu juga kadang2...

Nak makan dekat kedai lain..

Bimbang tak sedap pulak...

Bayar mahal2 tapi tak puas hati...

Erm....BINGGUNG SUDAH !!!!





INGATAN
"barangsiapa yang buta (hati) ini , ia buta pula di akhirat dan lebih sesat jalannnya"
SURAH AL ISRAK : AYAT 78

Selasa, 17 November 2015

ANIAYA ITU ZALIM


ASSALAMUALAIKUM..


bagi yan,orang yang suka aniaya orang ini,adalah seorang yang penakut,dengki,kaki buli,perasan sempurna,ego dan kurang kasih sayang...
Kalau boleh nak lari jauh2 dari orang macam ni...
Rasa terseksa acapkali dizalimi kan...


INGATAN
" dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan"
SURAH AN NAHL : AYAT 19



Isnin, 16 November 2015

SYUKRAN JARI MANIS DAN CIKGU ETUZA


ASSALAMUALAIKUM.. 

ALHAMDULILLAH...syukur...

Rezeki di awal tahun kedua blogging...

Mereke berdua ni sangat2 murah hati dan mesra berkawan...

moga rezeki jm dan cikgu etuza semakin murah...

Dan diberi kehidupan yang baik2..amin..



Menang top komentar dan jom sayang..
FM dan sebungkus eypra....
Jm eypra kak yan tak reti minum :-))...

BLOG NI KALAU TAK MASUK RUGI,
PERCAYALAH JIKA ANDA STRESS,BILA MASUK BLOG NIE ANDA AKAN JADI CERIA..TAK PERCAYA ??? SILA LAH SINGGAH

jarimanistravel.blogspot.com




menang top komentar di blog cikgu etuza...
Biskut spirulina elken sangat2 sedap..
Kopi dari egypt wangi semerbak...

JANGAN SEGAN2 SINGGAH DI BLOG BELIAU

madey09.blogspot.com



INGATAN
" dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang, melainkan  (balasan) apa yang diusahakannya "
SURAH  AN NAJM : AYAT 39

Ahad, 15 November 2015

PESANAN BUAT DIRI


ASALAMUALAIKUM...


Dengarilah wahai diri,jadikan pesanan ini sebagai renungan buatmu wahai diri...


Andai dirimu berjumpa dengan insan yang lebih pandai darimu ,jangan sia siakan nya...timbalah ilmu dari nya..

Andai dirimu berjumpa dengan insan yang sama pandai dengan mu , inilah masa nya kamu berkongsi ilmu sesama mereka...

Andai diri mu berjumpa dengan insan yang kurang pandai , sampaikan ilmu sebanyak yang mungkin agar dapat memberi manfaat pada mereka...

Andai dirimu berjumpa dengan insan yang sering berbicara tentang akhirat, dekatilah mereka agar dirimu dekat dengan Allah..

Andai dirimu berjumpa dengan  insan yang banyak berbicara perkara yang sia sia, ada lebih baik kamu diamkan diri dan berlalu pergi..

Ingatlah wahai diri..pesanan ini sematkan dihati..
Sedarlah wahai diri , 


INGATAN
" Allah tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan),tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat - NYA kepada kamu ,supaya kamu bersyukur "
SURAH AL MA'IDAH, AYAT : 6




Jumaat, 13 November 2015

TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN


ASSALAMUALAIKUM...

Syukur Alhamdulillah , siap sudah senarai penerima cendermata dari blog yan...
Pada yang tak dapat jangan berkecil hati...yan hargai kunjungan kalian yang letak komen dan silent reader...yan doakan kalian diberi kehidupan yang baik2..dan terima kasih kerana Tak jemu singgah diblog yan....

Mereka yang tersenarai tahniah yan ucapkan...diharap dapat BERI ALAMAT dengan segera...

Email yan : iryanty83@gmail.com
Wassup : 012-7645072

Bunda,kak cik,ss,kak norihan,kak malinda,kak aryanazra,kiera sakura dan syida ..yan dah ada alamat...

BUNDA
KAK CIK NUR SEROJA
KAK NOORIAHNAIM
JR
INSAN MARHAEN
SS
KAK SANIAH IBRAHIM
KAK KAMSIAH
KAK ZAKIE
CIKGU ETUZA
ARELEEZ
JM
KAK NOOR KAYU MANIS
KAK MALINDA
SITI YANG MENAIP
ARYAN AZRA
KIERA SAKURA
ATIEY YUSOFF
QASEH VEE
YANA YANI
QASEH ABADI
DEANNA MORNI

TERIMA KASIH SEMUA....READER N SILENT READER HARAP TAK JEMU DATANGBERTANDANG KE BLOG YAN...INSYALLAH JUMPA LAGI TAHUN DEPAN...TERIMA KASIH BANYAK2...



Khamis, 12 November 2015

BERMULANYA DI SINI


ASALAMUALAIKUM...

Segalanya bermula secara tak sengaja..
Dengan pengetahuan zero , yan mencipta blog ni...
Setapak demi setapak yan coretkan tanpa arah tuju...
Berbulan lamanya baru yan serasi dengan dunia blogging .
terlalu banyak yang kurang..
Pembaca masa tu sehari tak sampai 5 orang...

Sapaan yang pertama adalah dari blogger pak mail dan buat wanita...
Hanya mereka yang sudi berkenalan masa itu...
Perkenalan dengan bunda @teratak bunda mengenai pokok mulberry..
Tak sangka masa itu ada kunjung balas dari bunda...
blogger insan marhaen@im juga mempunyai nilai bagi yan..sebab dari coretan nya ada yang membuat yan terasa bermotivasi...
Diikuti blogger etuza..rasanya baru 4 bulan kot yan dalam dunia blog , yan sudah dapat sesuatu dari etuza..dan dari sini lah yan kenal jm...
Dari blog jm , yan kenal ramai kenalan baru seperti ss..deannna morni,qaseh abadi,...dan lain2.dari blog mereka,yan berani kan diri singgah rumah ke rumah...Yang komen entri mereka...
Berkenalan dengan kak nooriahnaim juga secara kebetulan...blogger masakan yang sering bagi tunjuk ajar ,bila yan memerlukan...
Yan juga ada buat contest suka2,dan dari sini yan bekenalan dengan kak malinda@kak manja... :-p ...Pertama kali dia singgah di blog yan..dan tanpa disangka,kak malinda menang contest tu...kak malinda juga tak kedekut ilmu...
Semakin hari ramai kenalan baru yang yan kenal seperti yana yani,fidah shah,qaseh vee dan lain2...
Blogger omong maklong dan blogger miss mirror blogger malaysia yang menetap di luar negara.. ...walaupun yan tak jejak luar negara,dengan coretan mereka yan seolah olah dapat rasa apa yang mereka coretkan..

Dunia blog pada mulanya terlalu asing buat yan...kini dunia blog punya sesuatu yang tak dapat dimana2...yan akui,mencari idea untuk sesuatu entri ,bukanlah mudah...kadangkala tiada idea ,hanya gambar berbicara..Kadangkala ada juga yang letak kan komen yang buat yan bermotivasi,seperti komen kak zakie,kak linda,jm,siti menaip,jr,abu ikhwan,kak paridah dan lain2...

.Selama setahun mencipta dunia blog bersama samsung wave y bukanlah mudah...maklumlah ,jari yan ni comel,amat2 mencabar bila hendak taip sesuatu entri....syukur alhamdulillah...yan dah capai 300 entri dengan hanya menggunakan handphone sahaja...

Setelah setahun berlalu,baru yan ubah template blog ..itu pun bantuan dari kawan2 di group BBN..group ni banyak yang yan dapat belajar tentang dunia blogging dan it...

TERIMA KASIH SEMUA READER YANG TAK JEMU JEMU BERKUNJUNG KE BLOG YAN...SUDI MEMBACA CORETAN YAN....TERIMA KASIH SEMUA....SALAM SAYANG DARI YAN :-))